Kemarau
Gambar 1 : Situasi Kemarau
Kemarau merupakan keadaan
air yang terkandung di dalam tanah berkurangan. Kemarau juga boleh berlaku
sekiranya lebih banyak air dikeluarkan daripada tanah. Salah satu punca berlakunya kemarau adalah tiada hujan untuk beberapa ketika dan penggunaan air
terlalu banyak oleh manusia untuk kegiatan harian.
Pada 8 Januari 2016, Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau telah mengeluarkan
satu kenyataan di media yang menyatakan bahawa kemarau atau cuaca panas
dijangka berlarutan sehingga Mac 2016.
Keadaan ini dikaitkan
dengan fenomena El Nino yang kuat sedang berlaku dan dijangka akan berterusan
sehingga suku pertama tahun 2016. Fenomena El Nino merupakan kejadian kemarau
yang berlarutan. Ia disebabkan oleh pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam
tempoh yang lama di timur Lautan Pasifik.
Jumlah hujan pula
dijangkan berkurangan antara 20% hingga 60% manakala suhu sekitar akan meningkat
sebanyak 0.5°C hingga 2.0°C jika dibandingkan kebiasaan disebabkan oleh fenomena
El Nino terlalu kuat ini.
Akibat daripada situasi
ini, ia boleh mendatangkan impak yang tidak baik kepada ekosistem dan pertanian
kawasan yang terbabit. Kemarau sememangnya mampu mendatangkan kesan yang besar
terhadap flora dan fauna. Manusia juga tidak terkecuali dalam merasai kesan
kemarau ini.
Salah satu kesan akibat
kemarau terhadap alam sekitar adalah tumbuhan-tumbuhan dan pokok mengalami
terbantutnya pembesaran atau pertumbuhannya dan kemudiannya akan mati. Hal ini,
disebabkan oleh tanah menjadi kering dan tiada bekalan air untuk tumbuhan dan
pokok itu hidup. Pada masa yang sama, tumbuhan dan pokok berkenaan kekurangan
nutrien dan garam mineral di dalam tanah.
Haiwan turut merasai
kesan kemarau kerana haiwan juga memerlukan air untuk hidup. Apabila air di
tasik atau di sungai sudah kering, bermakna tiada lagi bekalan air untuk haiwan
ini hidup.
Gambar 2 : Kesan Kemarau ( Kebakaran)
Gambar 3: Kesan Kemarau ( Haiwan mati) |
Air sememnagnya amatlah
penting dalam kehidupan sejagat sama ada manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Air
adalah keperluan utama bagi makluk yang bernyawa. Sebagai manusia, kita memerlukan
sekurang-kurangnya 2 liter air untuk satu hari. Tanpa air juga banyak kerjakerja-kerja
rumah dan industry tergendala.
Walaupun fenomena kemarau ini tidak dikaitkan dengan aktiviti manusia di atas muka bumi ini, aktiviti-aktiviti lain seperti penerbangan hutan secara tidak terkawal, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasan, pencemaran industri dan pelepasan gas rumah hijau haruslah dikawal kerana ini merupakan contoh-contoh kerosakkan yang dilakukan manusia sehingga memberi kesan terhadap bumi.
Walaupun fenomena kemarau ini tidak dikaitkan dengan aktiviti manusia di atas muka bumi ini, aktiviti-aktiviti lain seperti penerbangan hutan secara tidak terkawal, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasan, pencemaran industri dan pelepasan gas rumah hijau haruslah dikawal kerana ini merupakan contoh-contoh kerosakkan yang dilakukan manusia sehingga memberi kesan terhadap bumi.
The Baccarat Strategy - Free Play & Learn How To
BalasPadamWith the septcasino Baccarat Strategy, you'll play against real dealers and other players. Read the beginner 온카지노 guide, febcasino the rules, and find out how to play.