Ahad, 17 April 2016

Kemarau

Gambar 1 : Situasi Kemarau

Kemarau merupakan keadaan air yang terkandung di dalam tanah berkurangan. Kemarau juga boleh berlaku sekiranya lebih banyak air dikeluarkan daripada tanah. Salah satu punca berlakunya kemarau adalah tiada hujan untuk beberapa ketika dan penggunaan air terlalu banyak oleh manusia untuk kegiatan harian.

Pada 8 Januari 2016, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau telah mengeluarkan satu kenyataan di media yang menyatakan bahawa kemarau atau cuaca panas dijangka berlarutan sehingga Mac 2016.

Keadaan ini dikaitkan dengan fenomena El Nino yang kuat sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Fenomena El Nino merupakan kejadian kemarau yang berlarutan. Ia disebabkan oleh pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh yang lama di timur Lautan Pasifik.

Jumlah hujan pula dijangkan berkurangan antara 20% hingga 60% manakala suhu sekitar akan meningkat sebanyak 0.5°C hingga 2.0°C jika dibandingkan kebiasaan disebabkan oleh fenomena El Nino terlalu kuat ini.

Akibat daripada situasi ini, ia boleh mendatangkan impak yang tidak baik kepada ekosistem dan pertanian kawasan yang terbabit. Kemarau sememangnya mampu mendatangkan kesan yang besar terhadap flora dan fauna. Manusia juga tidak terkecuali dalam merasai kesan kemarau ini.

Salah satu kesan akibat kemarau terhadap alam sekitar adalah tumbuhan-tumbuhan dan pokok mengalami terbantutnya pembesaran atau pertumbuhannya dan kemudiannya akan mati. Hal ini, disebabkan oleh tanah menjadi kering dan tiada bekalan air untuk tumbuhan dan pokok itu hidup. Pada masa yang sama, tumbuhan dan pokok berkenaan kekurangan nutrien dan garam mineral di dalam tanah.

Haiwan turut merasai kesan kemarau kerana haiwan juga memerlukan air untuk hidup. Apabila air di tasik atau di sungai sudah kering, bermakna tiada lagi bekalan air untuk haiwan ini hidup. 

Gambar 2 : Kesan Kemarau ( Kebakaran)

Gambar 3: Kesan Kemarau ( Haiwan mati)
Air sememnagnya amatlah penting dalam kehidupan sejagat sama ada manusia, tumbuhan dan juga haiwan. Air adalah keperluan utama bagi makluk yang bernyawa. Sebagai manusia, kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air untuk satu hari. Tanpa air juga banyak kerjakerja-kerja rumah dan industry tergendala.  

Walaupun fenomena kemarau ini tidak dikaitkan dengan aktiviti manusia di atas muka bumi ini, aktiviti-aktiviti lain seperti penerbangan hutan secara tidak terkawal, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasan, pencemaran industri dan pelepasan gas rumah hijau haruslah dikawal kerana ini merupakan contoh-contoh kerosakkan yang dilakukan manusia sehingga memberi kesan terhadap bumi.